Engkau yang pertama, segala experimentasi berlaku kepadamu anak. Engkau yang pertama dalam kehidupan ku. Maafkan abah anak, sesungguhnya banyak yang engkau alami susah payah kita bersama engkau yang rasa. Bertabah lah duhai anak. Abahmu ini mahu yang terbaik buat mu. Sekiranya emosi ini diluahkan dengan kata-kata, seperti mewujudkan pelangi berserta cahaya yang cerah untuk mu buat anak. Sayangnya abah kepada mu bagai tiada bertepi. Tenanglah wahai anak sekiranya cubaan yang datang meghalangi mu, sabar, sabar dan sabar. Berharap dan berdoa kepada ALLAH untuk ditunjukkan jalan yang terbaik untuk keluar dari masalah. Seandainya nanti abah sudah di mamah oleh tanah, ketahuilah abah berada di sebalik alam yang engkau tidak bisa melihat tetapi ada. Kita sekarang menantikan adik mu yang menantikan masa untuk bersamaa kita secara zahir. Jagalah keluarga kita, jangan jadikan perbalahan yang berlaku dijadikan jarak untuk tidak berhubung. Cintailah kamu berdua kerana ALLAH. Hati abah merindui kalian. Sentiasa. Jaga ibu mu dengan kemuliaan. Hormati, dan sabar. Selamat malam buat keluarga ku.
Subscribe to:
Posts (Atom)