Kekasih- Usman Awang

Akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu 

akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu

akan kupetik bintang timur menjadi kerongsang menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu

akan kurebahkan matahari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi

yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laranya Jiwa Hanya Allah Sahaja Yang Tahu

Perutusan kini telah menjawab sejuta pertanyaan....Adakah ini jawapan yang terakhir.....Kosong....Minda aku kini kosong... Jiwa meruntun tatkala berseminya duka...Sebaknya rasa...Ditakdirkan begini atau pun oleh kerana orang lain yang hanya sepintas lalu menduga hati.....Jika mengekalkan apa yang ada tidakkah itu hanya satu belas dan bersalah ke atas diri aku.... Tatkala kesedihan menusuk keseluruh pelusuk jiwa.... Merantau ke segenap penjuru....Adakah itu hanya suatu alasan untuk kita berjauhan malah pergi tidak akan menoleh kebelakang.... Jika dapat aku genggam bara api namun tidak terluka ....Maka saktilah diri aku.....Sakit bila hanya membawa perasaan tidak mampu menoleh....Alasan apakah itu??? Saat duka menghinggapi ke penyambung nafas terasa seakan kaku.......Ya Allah......Memang benar bila derita rindu dan panahan lintar di kalbu saat mencernakan maklumat perutusan itu amat besar sekali kesakitan yang tidak mampu terungkap....Jiwa merintih sepi...Tiada siapa tahu dari hadapan topeng senyum disebalik sebenar................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Orang Dah Jemu@Bila Orang Dah Benci

Munkin segala pertuturan kita adalah satu doa bila mana diri kita sendiri tidak berniatkan demikian... Itu lah hakikat kehidupan...Jiwa mempunyai cara yang tersendiri dalam menilai sayang...Tetapi jiwa juga mampu dipengaruhi dengan hati...Munkin ini sahaja yang mampu di utuskan minda kepada jari jemari. Diri hanya mampu menanti dan bersedih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS