CINTA

 



Duhai kekasih, semenjak pertama kali kita berjumpa, sewaktu aku berjalan untuk menimba secebis ilmu didunia, mata ku melirik sapaan wajahmu yang luar biasa indah dan menawan di luar pagar gedung ilmu, yang pastinya engkau menantikan seseorang. Sambil engkau meletakkan punggung mu bersandar di tepi palang besi yang berwarna jingga sambil memeluk beberapa buku. Pertama kali sapaan ku adalah menasihati mu. Munkin dirimu tidak ingat lagi saat itu. Yang jelas, masih lagi moment indah itu aku abadikan dalam minda dan jiwa ku. Sayang ku, jelas saat itu timbul rasa getaran didalam jiwa ini yang tidak pernah dirasakan sebelumnya. 

Setelah 10 tahun kita berhubungan, bertapa untung nya diriku dapat menjadikan diri mu sebagai isteri dan ibu kepada anak2 ku. Makin mendalam rasa cinta ku kepada mu. Cinta ku ini munkin tidak engkau rasakan. Bertapa dalam dan hangat nya yang kurasakan hingga sulit untuk di luahkan dalam bentuk kata-kata.

Janganlah engkau merasakan yang cinta ku ini telah pudar. Diri ini banyak kelemahan. Kehadiran mu bagai kejora dalam hidup ku. Kasih dan sayang makin berputik.

AKU CINTA PADA MU

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anak




 Engkau yang pertama, segala experimentasi berlaku kepadamu anak. Engkau yang pertama dalam kehidupan ku. Maafkan abah anak, sesungguhnya banyak yang engkau alami susah payah kita bersama engkau yang rasa. Bertabah lah duhai anak. Abahmu ini mahu yang terbaik buat mu. Sekiranya emosi ini diluahkan dengan kata-kata, seperti mewujudkan pelangi berserta cahaya yang cerah untuk mu buat anak. Sayangnya abah kepada mu bagai tiada bertepi. Tenanglah wahai anak sekiranya cubaan yang datang meghalangi mu, sabar, sabar dan sabar. Berharap dan berdoa kepada ALLAH untuk ditunjukkan jalan yang terbaik untuk keluar dari masalah. Seandainya nanti abah sudah di mamah oleh tanah, ketahuilah abah berada di sebalik alam yang engkau tidak bisa melihat tetapi ada. Kita sekarang menantikan adik mu yang menantikan masa untuk bersamaa kita secara zahir. Jagalah keluarga kita, jangan jadikan perbalahan yang berlaku dijadikan jarak untuk tidak berhubung. Cintailah kamu berdua kerana ALLAH. Hati abah merindui kalian. Sentiasa. Jaga ibu mu dengan kemuliaan. Hormati, dan sabar. Selamat malam buat keluarga ku. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Already 2 weeks in Groningen

Mengenangkan jiwa ini sayu, sedih dan merasakan dosa mengunung menjadikan kita kosong sepenuh pengharapan kepada Allah s.w.t yang mampu mengatur perjalanan kita. Walaupun begitu, amalan-amalan tunjang agama hanya di lakukan ketika di akhir kejatuhan waktu. Adakah ini kifarah dosa mahu pun suatu azab yang dikenakan untuk kita yang nipis agamanya. Jika rasa rindu ini dirasakan seperti rindunya nabi akhirulzaman semestinya takut melakukan dosa dan juga mengikut segala sunnahnya. Jiwa penuh dengan rasa bercampur baur, seperti masaknya sebuah periuk bersama didalamnya gulai ikan sedangkan rasa masakan itu sedap dan enak akan tetapi rasa dijiwa tidak begitu disaat ini. Pengharapan demi pengharapan yang mampu di lintasi pemikiran untuk yang terbaik buat diri ini. Rindu adalah rasa yang memeritkan..........Kacau bilau jiwa ini seperti kacaunya penulisan ini....Semoga Allah mengatur terbaik perjalanan diri ini. Sesungguhnya manusia tidak mampu mengatur yang terbaik buat diri sendiri melainkan Allah s.w.t yang maha pengatur dan maha mengetahui dalam diri ini. Waktu berjalan bagaikan kapal terbang.....Demi sesungguhnya kekuasaan terletak di atas taklukkan Allah s.w.t.... Semoga Allah memberi perjalanan yang terbaik buat kita....Allah s.w.t lah tempat kita bergantung... Pengubat kerinduaan yang tak terluah dan terkata...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rasa..

Rasa.....apa kena dengan rasa ini?.......rasa dari sudut zahir mempunyai receptor untuk menditeksi rangsangan zahir yang dilakukan sama ada melalui usapan,tamparan mahupun sentuhan..... Berbeza pula rasa dari hati..... Hati adalah satu tempat dimana secara zahirnya diigunakan untuk menapis darah dan juga menjanakan sel darah putih kepada tubuh badan... Tapi hati juga mempunyai tugas yang unik... Yang tidak mampu manusia menciptakkannya.... Rasa hati munkin boleh juga dikaitkan dengan aura..... Perasaan hati kadang-kadang tidak mampu di perjelaskan kerana amat sulit untuk diterjemahkan..... Menaruh perasaan terhadap seseorang adalah suatu saat yang bahagia apabila hatinya ingin kita peroleh... Bila ssesama hati bersatu maka bercambah naluri kecintaan..... Pada asasnya cinta mampu membawa kita kemana sahaja yang ingin kita kecapi seperti mimpi... Bila hati bercerai setelah lama disatukan... salah seorang mesti akan kecewa... dan tidak mampu mengolah rasa yang dia sendiri rasai... hati-hatilah dalam mencari cinta.... hati yang tiada rasa setelah lama disatukan amat pelik dan mustahil... tetapi ia akan berlaku... kelainan terasa apabila cuba untuk menyesuaikan diri dengan orang yang kita cintai..... kelainan ini mampu kita bezakan sewaktu kedua hati berlabuh cinta....tetapi kiranya hanya satu hati yang berlabuh kasih.... peritnya mampu mengubah  corak hidup dan pemikiran seseorang.... biar jujur jangan berselindung disebalik penipuan .... jika kita tiada rasa kepada seseorang maka jujurlah.... beza akan terasa jika seseorang itu menipu mengatakan menaruh harapan kepada diri yang mencintai diri nya......... Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah buat semua...............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warkah Hati

Serantau hati inginku takluki agar dirimu ku miliki......Biar arus cinta mengalir......Bertemu di  muara kasih ....Walaupun sukarnya untuk ku berenang ke birai hati mu .. Kerna ku tahu siapa diri ku mukimkan cinta..........Walaupun naluriku di amuk rindu.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warkah Diri Ini

Hidup ibarat air yang mengalir dari hulu ke muara........... Destinasi  menjadikan kita semakin melihat realiti kehidupan menyanggah tadbir illusi........ Diri ini hanya seorang insan yang punya hati dan perasaan yang sudah ditakluk. Pabila insan menjadikan kelebihan hanya untuk mempermainkan jiwa.. Amat perit sekali ... Dugaan yang datang tanpa henti .. Menyumbat salur darah pemikiran menjadi barah didalam hati.. Kepulan asap mula menyinggah pemikiran menjadikan illusi dibawah taklukan minda negative. Tersingkap sejuta sangsi yang merupakan busur yang telah dibidik pasti salah satunya mengenai sasaran.... Keadaan menjadi tidak sesempurna dahulu... Menjadi kelam tidak bermaya menyebabkan mata bertukar kemerah-merahan tatkala minda berfungsi diluar batas manusia.... Jika mampu meluahkan rasa dengan percikan darah dari nadi agar bersembur dapat insan terjemahkan apa yang ada dalam hati ini ... pasti akan ada insan yang lakukan....tapi hati tercipta mempunyai fungsi yang amat unik..... sesekali mampu tertawa..dan sesekali mampu merintih.... pabila jiwa tiada perasaan kepada insan yang disayangi dulu segala kudrat segala penyerahan jiwa tidak lagi dipandang..... hati amat unik ... hati mampu melepaskan rasa yang telah lama dibina dengan sekelip mata..... tiada yang mampu menandingi hati... keupayaan hati mampu mengatasi minda..sesekali keinginan melangkaui batas pemikiran .. tetapi percayalah jika hati didorang dengan kehendak meluap nescaya segala benda yang tidak mampu berlaku akan pasti berlaku.... Hanya doa yang mampu ku utuskan buat peneman kegundahan..... Ibarat melukut di tepi gantang..... Hanya nasib yang akan menyebelahi ketentuan...........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kekasih- Usman Awang

Akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu 

akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu

akan kupetik bintang timur menjadi kerongsang menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu

akan kurebahkan matahari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi

yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS