Hidup ibarat air yang mengalir dari hulu ke muara........... Destinasi menjadikan kita semakin melihat realiti kehidupan menyanggah tadbir illusi........ Diri ini hanya seorang insan yang punya hati dan perasaan yang sudah ditakluk. Pabila insan menjadikan kelebihan hanya untuk mempermainkan jiwa.. Amat perit sekali ... Dugaan yang datang tanpa henti .. Menyumbat salur darah pemikiran menjadi barah didalam hati.. Kepulan asap mula menyinggah pemikiran menjadikan illusi dibawah taklukan minda negative. Tersingkap sejuta sangsi yang merupakan busur yang telah dibidik pasti salah satunya mengenai sasaran.... Keadaan menjadi tidak sesempurna dahulu... Menjadi kelam tidak bermaya menyebabkan mata bertukar kemerah-merahan tatkala minda berfungsi diluar batas manusia.... Jika mampu meluahkan rasa dengan percikan darah dari nadi agar bersembur dapat insan terjemahkan apa yang ada dalam hati ini ... pasti akan ada insan yang lakukan....tapi hati tercipta mempunyai fungsi yang amat unik..... sesekali mampu tertawa..dan sesekali mampu merintih.... pabila jiwa tiada perasaan kepada insan yang disayangi dulu segala kudrat segala penyerahan jiwa tidak lagi dipandang..... hati amat unik ... hati mampu melepaskan rasa yang telah lama dibina dengan sekelip mata..... tiada yang mampu menandingi hati... keupayaan hati mampu mengatasi minda..sesekali keinginan melangkaui batas pemikiran .. tetapi percayalah jika hati didorang dengan kehendak meluap nescaya segala benda yang tidak mampu berlaku akan pasti berlaku.... Hanya doa yang mampu ku utuskan buat peneman kegundahan..... Ibarat melukut di tepi gantang..... Hanya nasib yang akan menyebelahi ketentuan...........
Kekasih- Usman Awang
akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu
yang membunuh realiti
Laranya Jiwa Hanya Allah Sahaja Yang Tahu
Perutusan kini telah menjawab sejuta pertanyaan....Adakah ini jawapan yang terakhir.....Kosong....Minda aku kini kosong... Jiwa meruntun tatkala berseminya duka...Sebaknya rasa...Ditakdirkan begini atau pun oleh kerana orang lain yang hanya sepintas lalu menduga hati.....Jika mengekalkan apa yang ada tidakkah itu hanya satu belas dan bersalah ke atas diri aku.... Tatkala kesedihan menusuk keseluruh pelusuk jiwa.... Merantau ke segenap penjuru....Adakah itu hanya suatu alasan untuk kita berjauhan malah pergi tidak akan menoleh kebelakang.... Jika dapat aku genggam bara api namun tidak terluka ....Maka saktilah diri aku.....Sakit bila hanya membawa perasaan tidak mampu menoleh....Alasan apakah itu??? Saat duka menghinggapi ke penyambung nafas terasa seakan kaku.......Ya Allah......Memang benar bila derita rindu dan panahan lintar di kalbu saat mencernakan maklumat perutusan itu amat besar sekali kesakitan yang tidak mampu terungkap....Jiwa merintih sepi...Tiada siapa tahu dari hadapan topeng senyum disebalik sebenar................
Bila Orang Dah Jemu@Bila Orang Dah Benci
Munkin segala pertuturan kita adalah satu doa bila mana diri kita sendiri tidak berniatkan demikian... Itu lah hakikat kehidupan...Jiwa mempunyai cara yang tersendiri dalam menilai sayang...Tetapi jiwa juga mampu dipengaruhi dengan hati...Munkin ini sahaja yang mampu di utuskan minda kepada jari jemari. Diri hanya mampu menanti dan bersedih...
Cerita Kita
Lambaian nyiur di persisir pantai,
mendamaikan jiwa,
menternak irama dalam minda,
menjadi cerita kita,
begitu sakti cintamu padaku,
sehinggakan tidak dapat membezakan antara langit dan lautan,
dihujung dunia tiada mampu untuk berlari,
mencintai mu tiada rasa jemu,
kala sang suria memancar dunia di hening pagi,
amat mendamaikan,
sukma terisi cerita kita.........
Ego vs Sabar
Munkin disaat kita memerlukan sesuatu Allah S.W.T sengaja tidak memberikan apa yang kita mahu pada masa yang terdekat. Kerana ALLAH S.W.T lebih memahami diri kita dari siapa pun di dunia ini. Manusia yang mengharapkan kepada seorang manusia yang lain tidak lain dan tidak bukan hanya makhluk yang tiada kuasa untuk menandingi keESAan NYA. Seringkali kita menyalahkan seseorang dan hanya ingin diperlakukan sebagai dikalangan orang yang benar tapi pada batinnya kesalahan dapat di lihat jelas. Keegoan seseorang hanyalah bersifat kekal pada waktu emosi bergejolak untuk mempertahankan kebenaran yang ternyata terpesong dari jalan yang lurus. Kesabaran adalah pendinding segalanya untuk menempuhi dugaan di dunia ini. Kesabaran dapat mendidik jiwa yang keras menjadi lebut lantas mengenal diri sendiri untuk memperbetulkan kesalahan yang pada batil yang kita tidak mampu melihat kecuali bertenang dan fikir dari segala aspek.
Rintihan Dari Insan Yang Lara
Ya ALLAH pencipta langit dan bumi,








