Andai aku tiada disisimu,



Usahlah kau meratapi pemergianku,



Jiwa ku hilang dimamah waktu(lama kelamaan akan hilang juga kerinduan tu),



Disaat kapan membaluti jasad ku,



Renungkanlah ia buat kali yang terakhir dari ku,



Lihat la jasad ku tiada mampu membuat sesuatu,



Hanya kaku diam membisu,



Wahai kasih ku seru,



Jadikan lah saat itu saat cerita sejarahmu,



Tempuhi kehidupan baru mu tanpa diriku,



Saat cinta berputik di sudut hati mu,



Usah lagi fikirkan diriku,



Tiada aku untuk kembali disisimu,



Hanya menjadi sejarah yang lampau penghias kehidupan mu,



Satu masa hati menjadi satu,



Hidup mati kita yang lalu,



Tika engkau merasai aku,



Aku sentiasa bersama mu.....



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Setia Saujana Memandang

Seharum kasturi tiada terhilang,
menetap rapat kedalam jiwa insani,
menghayunkan jiwa bertemu kehendak Illahi,
kekal abadi yang ku pinta pasti,
tiada yang lain menjadi penganti,
cinta ku semat sampai kemati.

Jiwa terkunci menternak sukma,
cantik asmara kita bersama,
lambaian rasa tercubit jiwa,
akan ku tetap kekal bersama.

Haluan sungai berpancaroba,
gunung yang tinggi ku lalui jua,
Biar segunung cabaran menjelma,
Jiwa ku sedikit takkan berubah.....

Onak dan duri sakit di timpa,
Jiwa mu terselit rasa kecewa,
Biar badai datang menimpa,
Hati ku tetap bersama mu selamanya....

Cinta yang sempurna hanya pada NYA,
Cinta manusia terhiris luka,
Andai ku tatang kasih mu cinta,
Tiada sempurna melainkan yang Esa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Damai yang terganggu

Assalammualaikum...Ha kali ini kita kepantai pulak la.....Lokasi dekat dgn teluk tempoyak bersebelahan dengan muzium perang penang.Berada di atas jeti tu mmg erasa tenang..Lantas ketenangan diragut dengan sejuta penyesalan keatas dosa2 yang berlaku.....nikmati la gambar kebesaran ALLAH ini...klik la untuk mendapatkan reso yang ok.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kerana Kamu Tiada Tandingan

Ha ini dia ayahnda tercinta.Tidak pernah memukul anak-anak beliau walaupun dari kecil sekadar memarahi.Sekarang alhamdulillah anak-anak beliau telah tidak banayk membuatkan masalah.Terima kasih abah.Ternyata pengajaran bukannya melalui pukulan semata-mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Landscape Mu Membuatkan Ku Tertawan

Ha ni salah satu gambar yang aku minat di antara gambar2 yang lain.Munkin ada orang nanti cakap kenapa tak crop ja gambar yang dikat hutan sebelah kiri gambar ni.Jawapan nya kalu crop tak nampak la semak yang aku sukai.Wakakak.Semak melambangkan bagaimana semaknya otak aku time aku edit gambar ni.So klik la bagi mendapatkan reso yang bagus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekan-tekan kamera

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian alam.Di sini saya sertakan gambar yang berlokasi di tempat kejadian.Tempat ini terletak dekat dengan tempat kerja orang yang kerja di situ.Berbalik kepada tujuan utama.Bagi siapa yang tidak tahu kenapa gamba jadi macam ini mari saya ceritakan.Bermulanya dengan kamera nikon D90 yang di beli dari seorang sifu foto.Kamera itu telah di setting kan untuk mengambil gambar 3 kali serentak dalam expos yang berbeza.Jadi apabila gamabr ini telah disimpan didalam memory card dan di keluarkan unutk di masukkan kedalam komputer dan 3 gambar tersebut di gabungkan menjadi satu.setelah melalui pelbagai proses maka terbitlah gambar begini yang dinamakan HDR (High Dynamic Range).Jadi bagi membesarkan lagi gambar tersebut dan melihat kualitinya maka klik la pada gambar tersebut...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Luahan rasa


apa yang aku rasa sekarang,
apa yang tak kena sampai sekarang,
kenapa aku rasa begini,
sampainya hati,
kala hati sakit,
terlampau perit,
ahhhh tidak tenteram aku,
apa yang harus aku lakukan untuk hilangkan rasa ragu,
adakah aku diperlukan,
atau sekadar hiasan untuk jamahan.
bicara hati tiada siapa tahu,
tak dapat dirungkai dengan hati yang pilu,
adakah begitu cara mu,
atau sudah tiada apa yang perlu,
begitu caranya kau buat padaku,
untuk mencari alasan pergi dariku,
tidakkah engkau tahu,
bagaimanakah rasa hatiku,
dipersia-siakan itu amalan mu,
tersisih jiwa hanya ALLAH yang tahu,
begitu caramu,
membuatkan aku tertunggu-tunggu,
bagai kasih terburu-buru,
kenapa kamu,
jadi begitu,
tiada punya rasa pada ku?,
mendapat lain dari ku?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS