Rasa..

Rasa.....apa kena dengan rasa ini?.......rasa dari sudut zahir mempunyai receptor untuk menditeksi rangsangan zahir yang dilakukan sama ada melalui usapan,tamparan mahupun sentuhan..... Berbeza pula rasa dari hati..... Hati adalah satu tempat dimana secara zahirnya diigunakan untuk menapis darah dan juga menjanakan sel darah putih kepada tubuh badan... Tapi hati juga mempunyai tugas yang unik... Yang tidak mampu manusia menciptakkannya.... Rasa hati munkin boleh juga dikaitkan dengan aura..... Perasaan hati kadang-kadang tidak mampu di perjelaskan kerana amat sulit untuk diterjemahkan..... Menaruh perasaan terhadap seseorang adalah suatu saat yang bahagia apabila hatinya ingin kita peroleh... Bila ssesama hati bersatu maka bercambah naluri kecintaan..... Pada asasnya cinta mampu membawa kita kemana sahaja yang ingin kita kecapi seperti mimpi... Bila hati bercerai setelah lama disatukan... salah seorang mesti akan kecewa... dan tidak mampu mengolah rasa yang dia sendiri rasai... hati-hatilah dalam mencari cinta.... hati yang tiada rasa setelah lama disatukan amat pelik dan mustahil... tetapi ia akan berlaku... kelainan terasa apabila cuba untuk menyesuaikan diri dengan orang yang kita cintai..... kelainan ini mampu kita bezakan sewaktu kedua hati berlabuh cinta....tetapi kiranya hanya satu hati yang berlabuh kasih.... peritnya mampu mengubah  corak hidup dan pemikiran seseorang.... biar jujur jangan berselindung disebalik penipuan .... jika kita tiada rasa kepada seseorang maka jujurlah.... beza akan terasa jika seseorang itu menipu mengatakan menaruh harapan kepada diri yang mencintai diri nya......... Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah buat semua...............

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warkah Hati

Serantau hati inginku takluki agar dirimu ku miliki......Biar arus cinta mengalir......Bertemu di  muara kasih ....Walaupun sukarnya untuk ku berenang ke birai hati mu .. Kerna ku tahu siapa diri ku mukimkan cinta..........Walaupun naluriku di amuk rindu.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Warkah Diri Ini

Hidup ibarat air yang mengalir dari hulu ke muara........... Destinasi  menjadikan kita semakin melihat realiti kehidupan menyanggah tadbir illusi........ Diri ini hanya seorang insan yang punya hati dan perasaan yang sudah ditakluk. Pabila insan menjadikan kelebihan hanya untuk mempermainkan jiwa.. Amat perit sekali ... Dugaan yang datang tanpa henti .. Menyumbat salur darah pemikiran menjadi barah didalam hati.. Kepulan asap mula menyinggah pemikiran menjadikan illusi dibawah taklukan minda negative. Tersingkap sejuta sangsi yang merupakan busur yang telah dibidik pasti salah satunya mengenai sasaran.... Keadaan menjadi tidak sesempurna dahulu... Menjadi kelam tidak bermaya menyebabkan mata bertukar kemerah-merahan tatkala minda berfungsi diluar batas manusia.... Jika mampu meluahkan rasa dengan percikan darah dari nadi agar bersembur dapat insan terjemahkan apa yang ada dalam hati ini ... pasti akan ada insan yang lakukan....tapi hati tercipta mempunyai fungsi yang amat unik..... sesekali mampu tertawa..dan sesekali mampu merintih.... pabila jiwa tiada perasaan kepada insan yang disayangi dulu segala kudrat segala penyerahan jiwa tidak lagi dipandang..... hati amat unik ... hati mampu melepaskan rasa yang telah lama dibina dengan sekelip mata..... tiada yang mampu menandingi hati... keupayaan hati mampu mengatasi minda..sesekali keinginan melangkaui batas pemikiran .. tetapi percayalah jika hati didorang dengan kehendak meluap nescaya segala benda yang tidak mampu berlaku akan pasti berlaku.... Hanya doa yang mampu ku utuskan buat peneman kegundahan..... Ibarat melukut di tepi gantang..... Hanya nasib yang akan menyebelahi ketentuan...........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kekasih- Usman Awang

Akan kupintal buih-buih menjadi tali mengikatmu 

akan kuanyam gelombang-gelombang menjadi hamparan ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung menjadi baju pakaian malammu

akan kupetik bintang timur menjadi kerongsang menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana menjadi lampu menyuluhi rindu

akan kurebahkan matahari menjadi laut malammu menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi

yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laranya Jiwa Hanya Allah Sahaja Yang Tahu

Perutusan kini telah menjawab sejuta pertanyaan....Adakah ini jawapan yang terakhir.....Kosong....Minda aku kini kosong... Jiwa meruntun tatkala berseminya duka...Sebaknya rasa...Ditakdirkan begini atau pun oleh kerana orang lain yang hanya sepintas lalu menduga hati.....Jika mengekalkan apa yang ada tidakkah itu hanya satu belas dan bersalah ke atas diri aku.... Tatkala kesedihan menusuk keseluruh pelusuk jiwa.... Merantau ke segenap penjuru....Adakah itu hanya suatu alasan untuk kita berjauhan malah pergi tidak akan menoleh kebelakang.... Jika dapat aku genggam bara api namun tidak terluka ....Maka saktilah diri aku.....Sakit bila hanya membawa perasaan tidak mampu menoleh....Alasan apakah itu??? Saat duka menghinggapi ke penyambung nafas terasa seakan kaku.......Ya Allah......Memang benar bila derita rindu dan panahan lintar di kalbu saat mencernakan maklumat perutusan itu amat besar sekali kesakitan yang tidak mampu terungkap....Jiwa merintih sepi...Tiada siapa tahu dari hadapan topeng senyum disebalik sebenar................

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Orang Dah Jemu@Bila Orang Dah Benci

Munkin segala pertuturan kita adalah satu doa bila mana diri kita sendiri tidak berniatkan demikian... Itu lah hakikat kehidupan...Jiwa mempunyai cara yang tersendiri dalam menilai sayang...Tetapi jiwa juga mampu dipengaruhi dengan hati...Munkin ini sahaja yang mampu di utuskan minda kepada jari jemari. Diri hanya mampu menanti dan bersedih...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Kita



Lambaian nyiur di persisir pantai,
 mendamaikan jiwa,
menternak irama dalam minda,
menjadi cerita kita,
begitu sakti cintamu padaku,
sehinggakan tidak dapat membezakan antara langit dan lautan,
dihujung dunia tiada mampu untuk berlari,
 mencintai mu tiada rasa jemu,
kala sang suria memancar dunia di hening pagi,
 amat mendamaikan,
 sukma terisi cerita kita.........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS