Munkin segala pertuturan kita adalah satu doa bila mana diri kita sendiri tidak berniatkan demikian... Itu lah hakikat kehidupan...Jiwa mempunyai cara yang tersendiri dalam menilai sayang...Tetapi jiwa juga mampu dipengaruhi dengan hati...Munkin ini sahaja yang mampu di utuskan minda kepada jari jemari. Diri hanya mampu menanti dan bersedih...
Cerita Kita
Lambaian nyiur di persisir pantai,
mendamaikan jiwa,
menternak irama dalam minda,
menjadi cerita kita,
begitu sakti cintamu padaku,
sehinggakan tidak dapat membezakan antara langit dan lautan,
dihujung dunia tiada mampu untuk berlari,
mencintai mu tiada rasa jemu,
kala sang suria memancar dunia di hening pagi,
amat mendamaikan,
sukma terisi cerita kita.........
Ego vs Sabar
Munkin disaat kita memerlukan sesuatu Allah S.W.T sengaja tidak memberikan apa yang kita mahu pada masa yang terdekat. Kerana ALLAH S.W.T lebih memahami diri kita dari siapa pun di dunia ini. Manusia yang mengharapkan kepada seorang manusia yang lain tidak lain dan tidak bukan hanya makhluk yang tiada kuasa untuk menandingi keESAan NYA. Seringkali kita menyalahkan seseorang dan hanya ingin diperlakukan sebagai dikalangan orang yang benar tapi pada batinnya kesalahan dapat di lihat jelas. Keegoan seseorang hanyalah bersifat kekal pada waktu emosi bergejolak untuk mempertahankan kebenaran yang ternyata terpesong dari jalan yang lurus. Kesabaran adalah pendinding segalanya untuk menempuhi dugaan di dunia ini. Kesabaran dapat mendidik jiwa yang keras menjadi lebut lantas mengenal diri sendiri untuk memperbetulkan kesalahan yang pada batil yang kita tidak mampu melihat kecuali bertenang dan fikir dari segala aspek.
Rintihan Dari Insan Yang Lara
Ya ALLAH pencipta langit dan bumi,
There Is a Thing You can Absolutely Change
Adakah setiap pertemuan ada pengakhiran?
Pudarnya Warna Pada Cinta Yang Mekar
Cinta ibarat pelaburan pada jangka masa yang singkat mahu pun yang panjang,
Sakitnya Zahir Tidak Sesakit Sakitnya Hati
Ibarat lumpur yang lembab. Jika di baling batu kedalam lupur nescaya akan tenggelam menusuk jauh kedalam lumpur. Begitu juga dengan hati@jiwa jika seringkali ia terluka menusuk kedalam jiwa dan apabila sembuh luka tersebut nescaya meningalkan kesan parut yang jelas tertimbul. Jika di lukai tangan sakitnya tidak sesakit sanubari yang terluka.








