Kerana Kamu Tiada Tandingan

Ha ini dia ayahnda tercinta.Tidak pernah memukul anak-anak beliau walaupun dari kecil sekadar memarahi.Sekarang alhamdulillah anak-anak beliau telah tidak banayk membuatkan masalah.Terima kasih abah.Ternyata pengajaran bukannya melalui pukulan semata-mata.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Landscape Mu Membuatkan Ku Tertawan

Ha ni salah satu gambar yang aku minat di antara gambar2 yang lain.Munkin ada orang nanti cakap kenapa tak crop ja gambar yang dikat hutan sebelah kiri gambar ni.Jawapan nya kalu crop tak nampak la semak yang aku sukai.Wakakak.Semak melambangkan bagaimana semaknya otak aku time aku edit gambar ni.So klik la bagi mendapatkan reso yang bagus.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tekan-tekan kamera

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian alam.Di sini saya sertakan gambar yang berlokasi di tempat kejadian.Tempat ini terletak dekat dengan tempat kerja orang yang kerja di situ.Berbalik kepada tujuan utama.Bagi siapa yang tidak tahu kenapa gamba jadi macam ini mari saya ceritakan.Bermulanya dengan kamera nikon D90 yang di beli dari seorang sifu foto.Kamera itu telah di setting kan untuk mengambil gambar 3 kali serentak dalam expos yang berbeza.Jadi apabila gamabr ini telah disimpan didalam memory card dan di keluarkan unutk di masukkan kedalam komputer dan 3 gambar tersebut di gabungkan menjadi satu.setelah melalui pelbagai proses maka terbitlah gambar begini yang dinamakan HDR (High Dynamic Range).Jadi bagi membesarkan lagi gambar tersebut dan melihat kualitinya maka klik la pada gambar tersebut...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Luahan rasa


apa yang aku rasa sekarang,
apa yang tak kena sampai sekarang,
kenapa aku rasa begini,
sampainya hati,
kala hati sakit,
terlampau perit,
ahhhh tidak tenteram aku,
apa yang harus aku lakukan untuk hilangkan rasa ragu,
adakah aku diperlukan,
atau sekadar hiasan untuk jamahan.
bicara hati tiada siapa tahu,
tak dapat dirungkai dengan hati yang pilu,
adakah begitu cara mu,
atau sudah tiada apa yang perlu,
begitu caranya kau buat padaku,
untuk mencari alasan pergi dariku,
tidakkah engkau tahu,
bagaimanakah rasa hatiku,
dipersia-siakan itu amalan mu,
tersisih jiwa hanya ALLAH yang tahu,
begitu caramu,
membuatkan aku tertunggu-tunggu,
bagai kasih terburu-buru,
kenapa kamu,
jadi begitu,
tiada punya rasa pada ku?,
mendapat lain dari ku?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sudikah Kau Menjadi Teman Sehidup Semati???

Tak ada apa yang hendak di tokok tambah...Cuma hayati la maksud lagu di bawah ni.........uuhuhuhuhuhu...


Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kita.

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancor terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kita
Bawa ku pulang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketidak sopanan manusia melangkaui segala-galanya....


Hehehehehehe.......macam skema ja kan tajuk kat atas tu....tapi nak buat macam mana lagi dah memang aku nak tulis skema jawapan...so kena la tulis macam tu...hari demi hari bulan demi bulan tahun demi tahun.(segala mak dan bapak) maksud dia banyang benda dah kita lalui dan lihat..terutama sekali gelaja.yang bererti gejala2 sosial timbul..salah satu nya adalah gejala kebiadaban manusia sesama manusia.....menerusi konteks yang di utarakan oleh saya pada waktu dan saat ini...macam-macam yang kita dapat lihat menerusi kebiadaban manusia di zaman ini iaitu abad ke 21...memang benar kebiadaban ini lahir dari zaman dahulu lagi...tetapi masa telah mengubah cara kebiadaban seseorang itu...contoh nya sekarang ini hangat dengan seorang remaja yang berusia lebih kurang dari 15 hingga ke 17 tahun itu menampor seorang pengemis wanita yang tua di tepi jalan ketika pengemis itu meminta sedekah...belum pernah laigi kita melihat kejadia sebegini rupa kan.....tapi apakan daya nasi sudah menjadi bubur..benda dah berlaku tak dapat di balikkan masa untuk di perbetulkan keadaan...jadi barulah kita hendak berjalan ke topik yang asal iaitu kenapa manusia generasi muda sekarang makin menjadi2......adakah itu disebabkan didikan dari ibu dan bapak mereka???atau pun terpengaruh dari kawan2 yang lain...atau pun ingin menjadi seorang yang terkenal dengan kehebatan dalam melakukan perkara2 yang di luar batasan sebagai seorang manusia dalam bahasa arab iaitu insan....jawapan kepada persoalan ini menjadi subjektif kerana banyak yang dapat memberikan jawapan2 yang berlainan......dan apa yang kita mampu buat???bak kata Dr. izzy renung-renungkan dan selamat beramal......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Kamal Antartuk dari hidup sehingga menjelang kematian.(iktibar)


Assalaamualaikum. ..

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk.

1.Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2.Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3.Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4.Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5.Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6.Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7.Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8.Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1.Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2.Sakit jantung.

3.Penyakit darah tinggi.

4.Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya . Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) .

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang MEGEMBIRAKAN (bukan menyedihkan) , ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS